Aktif sukan Hamzah_Abu_Samah

Beliau menjadi Presiden Majlis Olimpik Malaysia (1976- ); International Olympic Committee (IOC) sejak 1978;ahli IOC Juridical Commission dan Cultural Commission (1978-1982) ; Senior Vice President bagi Majlis Olimpik Asia (1982); Presiden Kehormat bagi South East Asia Games Federation (Sejak 1977).

Beliau telah menjadi Presiden bagi Persekutuan Bola sepak Asia (AFC) (1978-1994) ; Presiden Kehormat AFC sejak 1994; Naib Presiden bagi Federation of International Football Association (FIFA) (Disember 1982 - Mac 1990) dan Ahli Eksekutif Kehormat FIFA (1990). Beliau juga merupakan Presiden Kehormat Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) (1984-1988); Presiden Persatuan Kriket Malaysia (1969-1990), Naib Presiden bagi Islamic Solidarity Federation (sejak Mac 1985) dan Presiden bagi Persatuan Tae Kwan Do Malaysia (sejak 1987).

Beliau dilantik sebagai Vice Presiden bagi Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sejak 1982. Beliau turut berperanan bagi membawa Sukan Kuala Lumpur ’98, Sukan Komanwel ke XVI, ke Malaysia.[1]